Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: SPH dan Samsung derma tablet berita kepada pesakit dan individu dikuarantin

Mar 6, 2020 | 12:21 PM
TABLET BERITA: Dilancarkan tahun lalu, Tablet Berita SPH memberi pengguna akses kepada versi elektronik akhbar seperti Berita Harian dan The Straits Times.
TABLET BERITA: Dilancarkan tahun lalu, Tablet Berita SPH memberi pengguna akses kepada versi elektronik akhbar seperti Berita Harian dan The Straits Times. - Foto fail

SINGAPORE Press Holdings (SPH) dan Samsung akan mendermakan tablet berita kepada pesakit Covid-19 dan individu yang dikuarantin di pelbagai institut penjagaan kesihatan di negara ini.

Dilancarkan tahun lalu, Tablet Berita SPH memberi pengguna akses kepada versi elektronik The Straits Times, Berita Harian, dan akhbar Cina Lianhe Zaobao, Lianhe Wanbao dan Shin Min Daily News.

Turut didermakan ialah akhbar, akses kepada berita digital, majalah dan buku terbitan syarikat itu.

Kumpulan pertama tablet dan bahan bacaan itu telah dihantar ke Hospital Besar Changi pada Jumaat (6 Mac).

SPH berkata inisiatif ini diharapkan dapat mengurangkan tekanan emosi dan mental pesakit Covid-19 yang diasingkan, dan membolehkan mereka untuk terus mengikuti berita terkini melalui platform dan produk SPH.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Anthony Tan berkata: "Melalui inisiatif yang bermakna ini, SPH berharap dapat memainkan peranan dalam membawa keriangan kepada pesakit dan individu yang terjejas oleh Covid-19 dan langkah kawalan kesihatan yang berkaitan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg