SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: S'pura lapor 15 kes import baru, tiada kes masyarakat

Covid-19: S'pura lapor 15 kes import baru, tiada kes masyarakat

Mar 18, 2021 | 11:08 PM

Covid-19: S'pura lapor 15 kes import baru, tiada kes masyarakat

Kesemua 15 kes baru Covid-19 di Singapura yang dilaporkan pada 18 Mac 2021, merupakan kes import.
Kesemua 15 kes baru Covid-19 di Singapura yang dilaporkan pada 18 Mac 2021, merupakan kes import. - - FOTO: fail.

DARIPADA 15 kes import yang dilaporkan pada Khamis (18 Mac), tiga kes melibatkan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang tiba di sini dari India dan Malaysia, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Satu kes pula membabitkan seorang Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang dari Indonesia dan satu lagi Pemegang Pas Kerja dari Amiriah Arab Bersatu (UAE).

MOH mendedahkan terdapat sembilan kes Pemegang Permit Kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Malaysia.

Salah seorang daripada mereka pembantu rumah migran.

Baki satu kes Pemegang Pas Lawatan Jangka Pendek dari Indonesia yang berada di sini untuk urusan kerja.

MOH berkata, kesemua kes berkenaan diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan telah diuji semasa mereka menjalani notis tersebut.

Lagi 13 kes pula telah diizinkan keluar dari hospital atau kemudahan pengasingan menjadikan bilangan pesakit yang bebas daripada jangkitan Covid-19 mencecah 60,014 kes.

Seramai 14 pesakit masih dirawat di hospital manakala 94 kes menerima penjagaan di kemudahan pengasingan masyarakat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg