Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: S'pura lapor hanya satu kes import baru, tiada jangkitan masyarakat
Covid-19: S'pura lapor hanya satu kes import baru, tiada jangkitan masyarakat
Feb 16, 2021 | 4:57 PM
Covid-19: S'pura lapor hanya satu kes import baru, tiada jangkitan masyarakat
Tiada kes dalam masyarakat mahupun di dormitori dikesan. - DESMOND WEE
“
SINGAPURA melaporkan hanya satu kes import Covid-19 yang disahkan hingga tengah hari Selasa (16 Feb), menjadikan jumlah 59,810 kes di sini sejauh ini.Tiada kes dalam masyarakat mahupun di dormitori dikesan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
“
MOH berkata sejak 5 Februari, pemegang Permit Kerja dan S Pass yang baru tiba dalam sektor proses, marin dan pembinaan, serta pembantu rumah asing dan pengasuh berpantang, yang mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini ke negara atau wilayah berisiko lebih tinggi, secara progresif dikehendaki menjalani ujian serologi dan swab reaksi rantai polimerase (PCR) sebaik ketibaan wajib."Ini telah membolehkan kami mengenal pasti dengan cepat mereka yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 lalu, dan tidak lagi berjangkit kepada orang lain pada masa mereka tiba di Singapura, dan untuk mengecualikan mereka daripada kiraan kes harian kita," kata MOH.

