Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Tempoh kembalikan wang tidak digunakan dalam pas konsesi pengangkutan dilanjut sehingga akhir pemutus litar

May 18, 2020 | 6:09 PM
NILAI DIKEMBALIKAN: Pengguna kad konsesi boleh mengambil balik wang yang tidak digunakan itu dalam bentuk baucar elektronik dari 2 Jun hingga 31 Ogos di Mesin Tambah Nilai (AVM) atau pejabat TransitLink. - FOTO: FAIL.
NILAI DIKEMBALIKAN: Pengguna kad konsesi boleh mengambil balik wang yang tidak digunakan itu dalam bentuk baucar elektronik dari 2 Jun hingga 31 Ogos di Mesin Tambah Nilai (AVM) atau pejabat TransitLink. - FOTO: FAIL. -

PENGGUNA pengangkutan awam yang tidak dapat menghabiskan nilai yang terkandung dalam pas konsesi mereka boleh mendapatkan semula wang mereka secara automatik sehingga tamat tempoh pemutus litar.

TransitLink, yang mengendali urus niaga pengangkutan awam berkata pada Isnin (18 Mei) bahawa tempoh pembayaran itu dilanjutkan selari dengan tempoh pemutus litar yang turut dipanjangkan, lapor The Straits Times (ST).

Dua golongan penumpang layak menerima pembayaran itu menurut Transitlink - mereka yang telah membeli pas konsesi bulanan sebelum 4 April dan mereka yang membelinya antara 4 April dengan 21 April.

Mereka boleh mengambil balik wang yang tidak digunakan itu dalam bentuk baucar elektronik dari 2 Jun hingga 31 Ogos di Mesin Tambah Nilai (AVM) atau pejabat TransitLink

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg