Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: Tiada kes tanpa kaitan antara 5 kes masyarakat, 11 kes diimport
Covid-19: Tiada kes tanpa kaitan antara 5 kes masyarakat, 11 kes diimport
Jun 30, 2021 | 4:34 PM
Covid-19: Tiada kes tanpa kaitan antara 5 kes masyarakat, 11 kes diimport
Lima kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat dilaporkan pada Rabu (30 Jun). - Foto Fail ST
BAGI hari ketiga berturut-turut, tiada kes tanpa kaitan dalam kalangan lima kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat pada Rabu (30 Jun). Semua kes baru telah dikuarantin. Bersama 11 kes diimport yang dilaporkan, sebanyak 16 kes baru Covid-19 disahkan Kementerian Kesihatan (MOH) sehingga tengah hari Rabu. Sebanyak 11 kes diimport itu telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Enam daripada mereka dikesan sebaik tiba di sini, dan lagi lima kes mengalami simptom semasa SHN atau pengasingan.

