SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: Warga S'pura 23 tahun antara 12 kes import baru, tiada kes tempatan

Covid-19: Warga S'pura 23 tahun antara 12 kes import baru, tiada kes tempatan

Mar 21, 2021 | 10:31 PM

Covid-19: Warga S'pura 23 tahun antara 12 kes import baru, tiada kes tempatan

eec4324a-de9a-4360-a56a-b5432724abdc
-

SEBANYAK 12 kes baru Covid-19 disahkan sehingga tengah hari Ahad (20 Mac), membawa jumlah keseluruhan di Singapura kepada 60,196. Tiada sebarang kes tempatan dicatatkan.

Semuanya adalah kes import yang telah diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setelah tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Daripada 12 kes itu, seorang lelaki rakyat Singapura berusia 23 tahun yang pulang dari India; seorang pemegang pas tanggungan yang datang dari Nepal; dua pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari India; dan seorang pemegang pas kerja dari Nepal.

Tiga lagi pemegang pas kerja dari India, Indonesia dan Filipina - semuanya pembantu rumah asing. Empat lagi pemegang pas khas yang merupakan kru kapal dan tiba dari Indonesia, dan telah diuji di atas kapal.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg