SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Cuti awal seminggu, tapi pelajar Al-Maarif duduki ujian nasional diberi sokongan tambahan

Cuti awal seminggu, tapi pelajar Al-Maarif duduki ujian nasional diberi sokongan tambahan

Madrasah setempat di sini kini lebih bersedia unutk menangani pembelajaran di rumah tahun ini berbanding tahun lalu. Bukan sahaja pihak sekolah dilengkapi dengan alat teknologi yang dapat digunakan setiap pelajar, tetapi juga tenaga pengajar turut sama-sama menyingsing lengan mempertingkatkan kemahiran agar lebih mahir dalam mengelolakan kelas dalam talian. BERITA HARIAN meninjau.
May 20, 2021 | 5:30 AM

Cuti awal seminggu, tapi pelajar Al-Maarif duduki ujian nasional diberi sokongan tambahan

HARI TERAKHIR SEBELUM CUTI: Pelajar Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah memasuki premis madrasah di Lorong 39, Geylang Road, pada hari terakhir sekolah kelmarin memandangkan cuti bulan Jun telah dipercepatkan pihak madarasah itu mulai semalam. Ini sedang sekolah di bawah MOE pula beralih kepada HBL bagi mengekang penularan virus Covid-19. - Foto BH oleh JASON QUAH.
HARI TERAKHIR SEBELUM CUTI: Pelajar Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah memasuki premis madrasah di Lorong 39, Geylang Road, pada hari terakhir sekolah kelmarin memandangkan cuti bulan Jun telah dipercepatkan pihak madarasah itu mulai semalam. Ini sedang sekolah di bawah MOE pula beralih kepada HBL bagi mengekang penularan virus Covid-19. - Foto BH oleh JASON QUAH. -

DENGAN keputusan Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah memulakan cuti bulan Jun lebih awal, madrasah itu akan menyediakan sokongan tambahan secara dalam talian bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama GCE 'O', 'A' dan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE)

Memberitahu Berita Harian (BH), pengetua madrasah yang hanya mengambil pelajar perempuan itu, Cik Nafisah Ma'mun Suheimi, berkata pelajar Menengah Tiga, Empat dan prauniversiti 2A, akan menjalani kelas tambahan dalam talian dari 19 hingga 21 Mei.

Pelajar-pelajar lain pula telah memulakan cuti sekolah mereka semalam, dan akan kembali bagi penggal tiga persekolahan pada 21 Jun.

Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (MOE) telah memulakan pembelajaran dari rumah, sebagai antara langkah menangani penularan Covid-19 dalam masyarakat.

Jangkitan Covid-19 dalam masyarakat turut menjejas beberapa pelajar sekolah rendah, umumnya menerusi jangkitan dalam kelompok di sebuah pusat tusyen tempatan.

Seperti yang dilaporkan akhbar ini kelmarin, Madrasah Al-Ma'arif telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan cuti sekolah bagi seminggu.

Jadual awal persekolahan sebelum ini telah menetapkan cuti sekolah dari 29 Mei hingga 27 Jun.

Cik Nafisah, berkata aturan cuti itu diambil memandangkan sekolahnya, "telah menyelesaikan semua peperiksaan dan hal pentadbiran bagi murid mereka."

"Namun, pelajar yang akan menamatkan pembelajaran mereka tahun ini - iaitu pelajar yang akan menduduki peperiksaan peringkat GCE 'O', 'A' dan PSLE - akan diberikan sokongan tambahan oleh guru mereka dalam talian sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," ujarnya.

Madrasah itu telah mengirimkan surat kepada ibu bapa pelajar Madrasah Al-Ma'arif Isnin lalu, memberikan butiran mengenai aturan cuti sekolah dan permulaan penggal ketika baru itu.

Ia juga menyenaraikan jadual kelas dalam talian semasa cuti tersebut bagi menghulurkan sokongan kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan nasional.

Manakala pelajar Darjah Enam, Menengah Empat (bagi persiapan Peperiksaan Shahadah) dan prauniversiti Satu pula diatur menjalani kelas dalam talian dari 16 hingga 18 Jun.

"Kertas latihan juga telah diberi kepada pelajar dalam kohort yang akan tamat pengajian mereka pada 18 Mei (semalam)," kata surat itu yang ditandatangani Cik Nafisah.

Cik Nafisah menjelaskan latihan dalam talian akan dilaksanakan secara intensif terutamanya bagi pelajar Menengah Empat dan Prauniversiti Dua yang akan menduduki peperiksaan Bahasa Ibunda peringkat 'O' dan 'A' masing-masing pada 31 Mei nanti.

Mereka akan mengamalkan kemudahan Zoom dan Google Meet bagi aturan konsultasi itu.

Berbanding tahun lalu, Cik Nafisah menjelaskan pihak madrasah itu mengamalkan pakej pembelajaran 'online' dan 'offline' bagi pelajar semasa langkah HBL diterapkan.

"Dengan mengadakan kelas secara online dan offline itu, yang dibentukkan sebagai Pakej Pembelajaran Di Rumah adalah untuk membolehkan pelajar kami menjaga diri mereka dengan mengurangkan masa yang ditumpukan melihat skrin kepada dua hari seminggu, sambil menekankan kepentingan mengamalkan tanggungjawab mereka sendiri untuk belajar secara berdikari," tambah Cik Nafisah.

Pada masa yang sama, pihak madrasah juga bekerjasama dengan ibu bapa pelajar semasa langkah pembelajaran itu diamalkan agar murid-murid dapat menerima bimbingan sepenuhnya biarpun menerusi dalam talian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg