Topik diikuti
Pergi ke BHkuDiplomasi jadi kunci untuk cegah, tamat konflik: Eng Hen
Diplomasi jadi kunci untuk cegah, tamat konflik: Eng Hen
DIPLOMASI pertahanan dan negara merupakan kunci bagi mencegah atau menamatkan konflik, menambah kepada perlindungan negara dalam era di mana ketegangan sejagat dan rantau semakin meningkat, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, kelmarin.
Dalam ucapannya di majlis tamat latihan Kolej Komand dan Staf Goh Keng Swee, Dr Ng berkata walaupun Singapura berada pada kedudukan yang lebih baik kini berbanding dua tahun lalu, dunia sebahagian besarnya masih bergelut dengan kesan peristiwa besar seperti pandemik Covid-19 dan pencerobohan ke atas Ukraine.
"Ancaman dan risiko senjata nuklear taktikal dikerahkan bukan lagi ancaman sepi atau teori," tambahnya.
Beliau berkata belum ada lagi konflik fizikal berskala besar yang terjadi pada masa yang sama di Eropah dan Asia selama 70 tahun sejak Perang Dunia II, dan menekankan kepentingan mencegah konflik sebegitu daripada berulang, lapor akhbar The Straits Times.
"Sekiranya itu berlaku, kita perlu menjangka perubahan yang mengganggu aturan dunia, malah masa depan yang amat tidak menyenangkan... Kita persoal apa masa depan alternatif bagi peperangan yang dilancarkan dan pada harga apa berbanding aturan global kini, (walau) ia tidak sempurna."
Dr Ng berkata untuk mengekalkan keamanan dalam rantau ini, kedua-dua pemimpin Amerika Syarikat dan China memainkan peranan yang sangat penting.
"Berlatarbelakangkan kuasa luar, Amerika berdepan dengan pilihan raya pertengahan penggal pada November, dan bagi China, kongres parti ke-20 mereka sedang berlangsung.
"Kita semua mempunyai kepentingan diri dan memerhati dengan risau bagi kedua-dua Amerika dan China membuat kemajuan dalam inisiatif diplomatik mereka menyusuli peristiwa-peristiwa penting ini," ujar Dr Ng.
Namun, kekurangan dalam penglibatan tahap tinggi antara Amerika dengan China adalah satu ketiadaan yang sangat ketara dan bahaya, tambahnya.
"Walau dalam Perang Dingin, penglibatan antara Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dengan rakan sejawatan Soviet mereka berbagai-bagai berbanding dengan Tentera Pembebasan Rakyat hari ini.
"Perelok peluang untuk keamanan dengan potensi penyerang yang anda telah bertemu secara bersemuka secara tetap, daripada berdasarkan laporan dan tanggapan daripada pihak lain," ujarnya.
Untuk melayari landskap geopolitik yang semakin berkembang, Singapura telah memainkan peranannya dalam meningkatkan persefahaman dan kepercayaan bersama dengan menganjurkan acara seperti Dialog Shangri-La tahunan, di mana pemimpin dunia berkumpul untuk membincangkan isu pertahanan dan keselamatan, kata Dr Ng.
Menggulung ucapannya, Dr Ng berkata Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang kukuh dan relevan adalah penting sebagai pencegah konflik.
"Bagi Singapura, tidak kira dahulu, kini atau akan datang, perkhidmatan negara kekal sebagai asas kepada pertahanan yang kukuh dan SAF," ujar Dr Ng.