SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Disyaki salah laku: MAS dan CAD siasat firma di bawah CoAssets Ltd

Disyaki salah laku: MAS dan CAD siasat firma di bawah CoAssets Ltd

Feb 2, 2021 | 5:30 AM

Disyaki salah laku: MAS dan CAD siasat firma di bawah CoAssets Ltd

e2be5f47-ad8b-4c55-b040-5c20a9394472
-

PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura (SPF) telah melancarkan siasatan ke atas beberapa syarikat di bawah CoAssets Ltd di atas kemungkinan pelanggaran peraturan.

Siasatan bersama itu menyusuli aduan dan maklum balas yang diterima daripada orang ramai mengenai salah laku yang disyaki dilakukan oleh syarikat CoAssets, menurut satu kenyataan bersama oleh MAS dan polis semalam.

Daripada kumpulan syarikat CoAssets, hanya CA Funding yang dikawal selia oleh MAS sebagai pemegang lesen perkhidmatan pasaran modal.

Mac lalu, MAS mengeluarkan arahan kepada CA Funding untuk "melarang syarikat itu daripada menyenaraikan penerbitan baru, menerima pelabur baru dan menerima langganan sekuriti".

Arahan itu dikeluarkan setelah pemeriksaan MAS mendapati terdapat kekurangan pada wadah penjanaan awam yang berpusat di Singapura itu, termasuk proses penilaian kredit dan pendedahan maklumat yang tidak mencukupi kepada pelabur.

"MAS juga mengarahkan CA Funding untuk melantik juruaudit luar yang bebas untuk menyemak keberkesanan langkah-langkah pemulihannya untuk mengatasi kekurangan itu," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun pada awal Disember, didedahkan bahawa syarikat itu telah memindahkan sekitar $40 juta daripada pinjamannya kepada sebuah firma pemulihan hutang kecil bernama Sunfits, menurut laporan oleh Tech In Asia.

Sunfits yang berpusat di Hong Kong kemudian memberitahu pelabur bahawa ia tidak dapat memungut hutang itu kerana tidak ada "kebolehlihatan" pada sebarang aset tersebut.

Dalam bulan yang sama, CA Funding memberitahu MAS bahawa ia gagal mematuhi keperluan modal asas minimum di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan dan berhasrat menghentikan operasi, kata kenyataan bersama itu.

Ia menambahkan bahawa semua wang pelabur yang dipegang oleh CA Funding sejak itu telah dikembalikan dan MAS mengawasi secara ketat "pelaksanaan rancangan penghentian syarikat, untuk memastikan bahawa pelabur diperlakukan dengan adil".

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg