SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dua anugerah perkukuh seni Melayu

Dua anugerah perkukuh seni Melayu

Apr 3, 2021 | 6:57 PM

Dua anugerah perkukuh seni Melayu

Dua anugerah baru dilancarkan oleh Yayasan Warisan Melayu, bagi memperkukuhkan sektor seni Melayu.
Dua anugerah baru dilancarkan oleh Yayasan Warisan Melayu, bagi memperkukuhkan sektor seni Melayu. - Jason Quah

Dua anugerah telah dilancarkan bagi sektor kesenian Melayu dan warisan untuk membina keupayaan dan bakat generasi seterusnya selain mengalak kajian dan dokumentasi demi memperkukuh dan menghargai seni dan budaya Melayu.

Dikenali sebagai Anugerah Hadiah Warisan dan Tunas Warisan, kedua-dua anugerah tersebut telah dilancarkan Yayasan Warisan Melayu (MHF) semasa siri Sembang Ilmu yang keempat, pada Sabtu (3 April)

Hadiah Warisan bernilai $3,500, merupakan anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan artistik seorang pengamal seni atau aktivis serta sumbangan dan komitmennya terhadap pengamalan dan kepimpinan terhadap sektor seni dan warisan.

Anugerah Tunas Warisan bernilai $2,000 akan dianugerahkan kepada pengamal seni muda atau aktivis berusia 35 tahun ke bawah, yang pencapaian dan komitmen artistiknya membezakan mereka daripada yang lain selain menonjolkan potensi untuk menjadi pemimpin budaya generasi seterusnya.

Butiran lanjut boleh diperolehi di www.mhf.org.sg/hadiah-warisan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg