Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Duduk rumah bagi elak dijangkiti; guna pelitup jika perlu keluar

Apr 6, 2020 | 2:10 PM
Pelitup kain, seperti pelitup guna semula percuma yang pemerintah agihkan, sesuai digunakan, asalkan tidak basah.
Pelitup kain, seperti pelitup guna semula percuma yang pemerintah agihkan, sesuai digunakan, asalkan tidak basah. - Kelvin Chng

ORANGA ramai perlu duduk di rumah sepanjang tempoh pemutus litar demi melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19, namun jika perlu keluar, pelitup muka harus digunakan, kata Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Zuraimi Mohamed Dahlan. "Apabila keluar rumah, sila pakai pelitup. Keadaan di luar tidak lagi selamat lebih-lebih lagi jika anda berada dekat dengan orang lain," katanya, yang terlibat dalam inisiatif M Kuasa Tiga (M³). Menurut Dr Zuraimi, tujuan pelitup adalah untuk mengelakkan seseorang daripada menyebarkan virus daripada hidung atau mulutnya. Pelitup kain, seperti pelitup guna semula percuma yang pemerintah agihkan, sesuai digunakan, asalkan tidak basah. Pelitup pembedahan dan pelitup N95 dikhususkan untuk mereka yang berhubungan dekat dengan pesakit Covid-19. Pelitup dengan injap (valve) perlu dielakkan kerana virus boleh keluar daripada pelitup itu. Pelitup sedemikian baik bagi keadaan jerebu, bukan Covid-19, kata Dr Zuraimi. Di rumah, beliau menggalak orang ramai membuka pintu dan tingkap supaya terdapat pengalihan udara yang baik. Tempat yang selalu disentuh seperti lantai, meja dan tombol pituk perlu sering dibersihkan. Orang ramai juga diingatkan agar mencuci tangan sebelum menyentuh mata, hidung dan mulut. "Gunakan air sudah mencukupi. Jika anda mahu, sabun boleh digunakan. Sanitiser tangan, dengan atau tanpa alkohol, juga bekesan. Mencuci tangan lebih baik dalam menghapuskan virus berbanding menggunakan sanitiser tangan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg