Topic followed successfully
Go to BHkuDurian punya pasal, 11 diberkas
Durian punya pasal, 11 diberkas
Durian punya pasal, 11 diberkas
AKIBAT mahu mengambil durian, 10 lelaki dan seorang wanita kini berdepan dengan kemungkinan disaman tidak melebihi $1,000 setelah dituduh terlibat dalam kesalahan pencerobohan sengaja.
Polis dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (28 Jun) berkata, pihaknya diberitahu tentang pergaduhan yang berlaku di sekitar Mandai Road pada 2.40 pagi pada 27 Jun 2021.
Pegawai daripada Divisyen Woodlands dapat mencari suspek yang berusia antara 25 dengan 59 tahun dan memberkas mereka.
Kesemua sebelas suspek dituduh menceroboh dengan sengaja setelah siasatan awal menunjukkan mereka telah memasuki kawasan dikawal di Mandai Road untuk mengambil durian.
Siasatan masih dijalankan.

