SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Empat kes masyarakat, semua dalam kuarantin, antara 9 kes baru Covid-19 di SG

Empat kes masyarakat, semua dalam kuarantin, antara 9 kes baru Covid-19 di SG

Jun 29, 2021 | 5:30 AM

Empat kes masyarakat, semua dalam kuarantin, antara 9 kes baru Covid-19 di SG

5d24a16e-2b9c-405b-b2de-747a150829fb
-

TERDAPAT sembilan kes baru Covid-19 di Singapura hingga tengah hari semalam, termasuk empat kes dalam masyarakat dan lima kes import.

Kesemua kes dalam masyarakat itu ada kaitan dengan kes lalu dan memang telah dikenakan kuarantin, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Dua daripada kes import itu adalah warga atau Penduduk Tetap (PR) Singapura dan mereka dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba di sini.

Tiada kes baru di dormitori pekerja migran. Dengan jumlah terbaru itu, jangkitan Covid-19 di Singapura berjumlah 62,553.

Hingga tengah hari kelmarin, 148 pesakit masih dirawat di hospital, termasuk empat dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU), dan 165 sedang pulih di kemudahan masyarakat.

Sejauh ini, Singapura mencatat 36 kematian akibat komplikasi Covid-19, sementara 15 orang positif penyakit itu meninggal dunia akibat sebab lain.

Korban terbaru seorang wanita berusia 84 tahun yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 Sabtu lalu. Beliau tidak divaksin dan ada sejarah penyakit barah, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg