Topik diikuti
Pergi ke BHkuEng Hen sokong saranan M'sia mahu perkukuh kerjasama keselamatan di Batuan Tengah, Pedra Branca
Eng Hen sokong saranan M'sia mahu perkukuh kerjasama keselamatan di Batuan Tengah, Pedra Branca
Eng Hen sokong saranan M'sia mahu perkukuh kerjasama keselamatan di Batuan Tengah, Pedra Branca
MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, mengalu-alu dan menyokong saranan oleh rakan sejawatnya di Malaysia, Encik Mohamad Sabu, bagi dua negara itu memperkukuh kerjasama keselamatan di perairan dekat Batuan Tengah dan Pedra Branca.
Menyetujui saranan tersebut, Dr Ng berkata:
"Saya sokong sepenuhnya apa yang beliau katakan. Tidak masuk akal jika kami mengerahkan lebih banyak sumber di sekitar kawasan Pedra Branca atau Batuan Tengah sekiranya kami boleh membuat keputusan bagi rancangan yang sama.
"Saya rasa ia satu pandangan yang amat progresif bahawa jika kita boleh mencapai persefahaman, (kita malah boleh mengadakan) rondaan bersama dengan agensi kita dan agensi mereka."
Dalam satu wawancara bersama The Straits Times (ST) yang mengetengahkan isu dalam hubungan dua hala negara itu, Encik Mohamad berkata Singapura merupakan negara jiran Malaysia yang paling penting dan "tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan antara Malaysia dengan Singapura".
Bulan lalu, kerajaan Malaysia menggugurkan kes mahkamah antarabangsa atas tuntutan baru bagi Pedra Branca.
Kes itu telah dihidupkan semula oleh kerajaan lama Malaysia pada Februari tahun lalu.
Menurut laporan ST kelmarin, Encik Mohamad berkata salah satu cara bagi Malaysia dan Singapura bekerjasama adalah dengan memperkukuh kerjasama keselamatan di lorong masuk ke Selat Singapura - dekat Batuan Tengah dan Pedra Branca - menyusuli kejadian perlanggaran melibatkan kapal tentera laut Amerika Syarikat yang meragut 10 nyawa pada Ogos lalu.
Dr Ng berkata saranan tersebut merupakan sesuatu yang akan terus diteroka, dengan kedua-dua pihak, Malaysia dan Singapura, akan mempunyai pelbagai mesyuarat pada masa depan, sama ada bagi Asean ataupun hubungan dua hala.
"Tentunya sebagai jiran paling rapat, kerjasama adalah satu keadaan kemenangan untuk kedua-dua pihak dan kami akan mencari lebih banyak peluang bekerjasama," katanya.