Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ERA labur $4j bantu 7,300 ejen harungi kesan Covid-19

Aug 20, 2020 | 7:20 PM
Ketua Pegawai Operasi ERA Singapore, Marcus Chu, mengumumkan tentang pakej pembaharuan semasa Hari Kemajuan Kerjaya Q3'20 ERA maya pada Khamis.
Ketua Pegawai Operasi ERA Singapore, Marcus Chu, mengumumkan tentang pakej pembaharuan semasa Hari Kemajuan Kerjaya Q3'20 ERA maya pada Khamis. - ERA Singapore

ERA Singapore pada Khamis (20 Ogos) mengumumkan pelaburan tambahan $4 juta untuk menyokong kos perniagaan 7,300 jurujual hartanahnya bagi tahun akan datang. Bersama $18.3 juta yang diagihkan sebelum ini, rangsangan $22.3 juta itu bertujuan menyokong sepenuhnya rangkaian ejen hartanah ERA sambil mengukuhkan pertubuhannya dalam situasi mencabar ekoran pandemik Covid-19 ini. Pelaburan tambahan yang diumumkan semasa Hari Kemajuan Kerjaya Q3'20 ERA itu disasarkan kepada rancangan kemampanan perniagaan jangka panjang dan membantu jurujual mengharungi masa mencabar ini. ERA Singapore turut memperkenalkan inisiatif Pendahuluan Komisyen baru menerusi kerjasama dengan LytePay dan Rapyd yang memberi jurujual hartanah (RES) akses kepada komisyen pada bila-bila masa dan di mana sahaja di dunia.

Fungsi ini akan membolehkan setiap RES merancang kewangan mereka dengan lebih baik dan membantu mereka mengurangkan sebarang beban kewangan yang ditanggung dalam tempoh ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg