Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ESG biaya 20% kos hantar makanan oleh khidmat logistik pihak ketiga

Apr 9, 2020 | 8:16 PM
-

ENTERPRISE Singapore (ESG) akan membiayai 20 peratus kos penghantaran makanan yang ditempah dari syarikat perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang menggunakan khidmat logistik pihak ketiga seperti Lalamove dan Zeek, dan bukan wadah penghantaran makanan biasa seperti Deliveroo, foodpanda atau GrabFood. Pembiayaan itu boleh digunakan bagi pesanan penghantaran yang dibuat antara 7 April dengan 4 Mei 2020, iaitu sepanjang tempoh 'pemutus litar' bagi mengekang penularan Covid-19 di Singapura. Ia sebahagian daripada Pakej Rangsangan Penghantaran Makanan ESG yang diperluas bagi membantu perniagaan F&B mempelbagaikan operasi menerusi penghantaran makanan. Di bawah pakej yang diperluas itu, ESG juga akan bekerjasama dengan wadah Deliveroo, foodpanda dan GrabFood untuk meningkatkan prestasi dalam talian menu mereka dan membangunkan struktur harga yang bersesuaian. Sokongan pemasaran dan perkongsian data juga akan dilakukan. Perniagaan juga akan dibantu mengubah model penghantaran mereka dalam jangka panjang dengan membangunkan jenama maya dan membangunkan strategi dalam talian ke luar talian.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg