SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Fahrorazi didenda $2,000 adakan perhimpunan tanpa permit

Fahrorazi didenda $2,000 adakan perhimpunan tanpa permit

Jan 28, 2021 | 5:30 AM

Fahrorazi didenda $2,000 adakan perhimpunan tanpa permit

FAHRORAZI SOHOI - Foto fail.
FAHRORAZI SOHOI - Foto fail. -

SEORANG pendakwah setempat, Fahrorazi Sohoi, 48 tahun, telah didenda $2,000 kerana mengadakan perhimpunan awam tanpa permit.

Beliau telah mengadakan acara Maulidur Rasul 1440H lebih dua tahun lalu di auditorium Bangunan Putian Singapura, yang terletak di Nombor 25, Lorong 33 Geylang.

Denda tersebut sudah dilunaskan.

Menurut dokumen mahkamah, acara itu telah dianjurkan pada 11 November 2018 dan disertai seramai 400 orang.

Acara itu berlangsung sekitar tiga jam dan memerlukan seramai 30 sukarelawan untuk membantu mengawal orang ramai, menurut dokumen tersebut.

Di bawah Akta Ketenteraman Awam, permit diperlukan bagi perhimpunan sedemikian di mana orang awam dibenarkan untuk menghadirinya.

Ia merupakan pertuduhan kedua ke atasnya.

Sebelum ini, pendakwah itu telah didakwa pada Ogos 2018 dengan satu tuduhan.

Beliau dituduh menipu seorang lelaki untuk membayarnya $1,550 bagi melaksanakan "Haji VIP".

Bagaimanapun, beliau dilepaskan tanpa dibebaskan pada Oktober 2019 daripada tuduhan itu, yang bermakna beliau boleh didakwa semula jika terdapat bukti baru.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg