Topik diikuti
Pergi ke BHkuFaishal tekankan bahaya salah guna dadah, boleh jejas keluarga
Faishal tekankan bahaya salah guna dadah, boleh jejas keluarga
PEMIKIRAN bahawa dadah tidak berbahaya, seperti yang sering digambarkan dalam talian, adalah salah kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.
Mengulas tentang kejadian seorang lelaki yang mencederakan orang lain dengan pisau cukur, Dr Faishal berkata:
"Suspek di sebalik serangan dengan pisau cukur pada Isnin mempunyai sejarah pengambilan dadah.
"Dalam interaksi saya dengan penyalahguna dadah, ramai daripada mereka berkongsi bahawa mereka pada mulanya percaya bahawa mereka tidak akan ketagih dan bahawa dadah tidak berbahaya seperti yang digambarkan dalam talian, tetapi mereka sangat salah.
"Kajian telah menunjukkan kesan dadah membahayakan otak dan badan dalam lebih daripada satu cara, walaupun pada belia yang sihat."
Sebagai satu masyarakat, semua orang memainkan peranan dalam mencegah dadah daripada membahayakan keluarga dan orang tercinta, tambah Dr Faishal semasa menulis di Facebook.
Suspek dalam kejadian tersebut telah dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mencederakan dua orang dengan pisau cukur.