Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fatimah Mohsin buka restoran ala suasana kampung

Dec 2, 2020 | 5:49 PM
MACAM 'MASUK KAMPUNG': Cik Fatimah (atas) tertarik dengan Gallop Kranji Farm Resort, dengan suasana sekitaran yang jauh dari hiruk pikuk kota, lantas memutuskan membuka restoran pertamanya. - Foto BH oleh HANIM MOHD SALEH
MACAM 'MASUK KAMPUNG': Cik Fatimah (atas) tertarik dengan Gallop Kranji Farm Resort, dengan suasana sekitaran yang jauh dari hiruk pikuk kota, lantas memutuskan membuka restoran pertamanya. - Foto BH oleh HANIM MOHD SALEH -

BELIAU telah lama mencari dewan majlis yang menawarkan suasana eksklusif seperti kampung atau di tepi pantai untuk majlis perkahwinan.

Apabila usahawan Fatimah Mohsin akhirnya berjaya mendapatkan tempat yang sesuai di Gallop Kranji Farm Resort, beliau yang jatuh hati dengan suasana sekitaran yang jauh dari hiruk pikuk kota, mengambil keputusan meluaskan rancangan perniagaannya ke bidang makanan dan minuman (F&B) pula - dengan membuka restoran pertamanya.

Dikenali dengan nama 555 Halal Thai di 10 Neo Tiew Lane 2, restoran yang dibuka pada Jumaat (4 Dis) bagi gerai penjaja dan mulai Isnin (7 Dis) bagi makanan Thai - adalah berkonsep terbuka yang menawarkan suasana resort, di kelilingi banyak flora dan fauna.

Selain daripada makanan Thai yang disiapkan sendiri oleh tukang masak asal Thai, restoran itu turut menawarkan pelbagai makanan penjaja yang dikendalikan oleh peniaga dari rumah yang dipilih Cik Fatimah sendiri berdasarkan pengalaman dan mutu makanan mereka.

Makanan itu termasuk apam balik, pisang goreng pelbagai perisa, sate, laksa dan nasi lemak kukus.

Ketika ditemui baru-baru ini, usahawan itu berkata beliau mulanya tidak merancang untuk menceburi F&B tetapi sekadar mahu mencari dewan tetap bagi majlis perkahwinan yang dikendalikannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg