SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Flat di AMK terbakar, 7 dikejar ke hospital

Flat di AMK terbakar, 7 dikejar ke hospital

Jun 17, 2021 | 5:30 AM

Flat di AMK terbakar, 7 dikejar ke hospital

FLAT DIJILAT API: Kandungan unit flat tingkat tujuh itu hangus dijilat api. Sementara itu tujuh orang dikejarkan ke hospital. - Foto SCDF
FLAT DIJILAT API: Kandungan unit flat tingkat tujuh itu hangus dijilat api. Sementara itu tujuh orang dikejarkan ke hospital. - Foto SCDF -

TUJUH orang dikejarkan ke hospital selepas sebuah unit flat Blok 123 Ang Mo Kio Avenue 6 terbakar semalam.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ia diberitahu mengenai kejadian itu yang berlaku di tingkat tujuh pada 9.40 pagi.

Video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan asap tebal yang keluar dari unit tersebut.

Sebaik SCDF tiba, pegawai bomba yang memakai set perkakas pernafasan menuju ke unit tersebut yang masih dijilat api, kata SCDF menerusi pos di Facebook.

Seorang penghuni unit flat tersebut kelihatan di tangga tingkat tujuh dan dipindahkan dengan selamat oleh pegawai bomba.

Kandungan unit flat tersebut dijilat api yang kemudiannya dipadamkan menggunakan jet air dan dua beg berisi busa udara mampat, kata SCDF.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekitar 130 penduduk blok terjejas dari tingkat lima hingga sembilan dipindahkan polis dan SCDF.

Kakitangan dan penghuni Rumah Tumpangan Warga Tua AWWA yang terletak di tingkat dua hingga empat blok itu, telah dipindahkan sebelum ketibaan SCDF.

"Seramai tujuh penduduk dihantar ke Hospital Besar Singapura, Hospital Khoo Teck Puat dan Hospital Universiti Nasional kerana terhidu asap dan mabuk."

Punca kebakaran masih disiasat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg