SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Gangguan di Terusan Suez: PSA perlu buat rancangan pastikan operasi kekal lancar

Gangguan di Terusan Suez: PSA perlu buat rancangan pastikan operasi kekal lancar

Mar 25, 2021 | 8:59 PM

Gangguan di Terusan Suez: PSA perlu buat rancangan pastikan operasi kekal lancar

Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung. - Foto fail
Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung. - Foto fail -

PSA perlu membuat perancangan dan memastikan operasinya kekal lancar, jika gangguan di Terusan Suez berpanjangan, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.

Encik Ong berkata, jadual PSA mungkin terjejas apabila laluan perkapalan dunia mengubah perjalanan mereka selepas akses kepada terusan tersebut tertutup.

Ini selepas sebuah kapal tanki tersangkut di sana lalu menyekat laluan di sepanjang terusan air yang kritikal itu Encik Ong berkata demikian di Facebook pada Khamus (25 Mac).

Terusan Suez menyediakan laluan kepada sekitar 10 peratus perdagangan laut dunia. "Ini mungkin bererti bekalan ke rantau ini boleh terjejas buat sementara waktu. Jika ini berlaku, beberapa persediaan akan diperlukan...kapal-kapal boleh berlayar mengelilingi benua Afrika - Cape of Good Hope - dan datang ke Asia. "Perjalanannya lebih lama dengan tambahan satu hingga dua minggu," tulis Encik Ong. Beliau menambah: "Sekiranya gangguan itu berpanjangan, PSA mungkin berdepan dengan gangguan jadual ketika talian penghantaran mengubah perjalanan mereka. "Ia mesti merancang lebih awal dan memastikan operasi berjalan lancar."
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg