SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Garis panduan baru ladang setempat pastikan hasil tuai selamat, lestari

Garis panduan baru ladang setempat pastikan hasil tuai selamat, lestari

Mar 26, 2021 | 5:30 AM

Garis panduan baru ladang setempat pastikan hasil tuai selamat, lestari

KRITERIA BARU: Di bawah garis panduan yang baru dilancarkan, ladang sayur setempat, seperti ladang bertingkat Sky Greens ini, perlu memenuhi kriteria dari segi pengurusan ladang serta teknik dan amalan untuk mencapai sistem penghasilan yang bersih dan hijau. - Foto ZAOBAO
KRITERIA BARU: Di bawah garis panduan yang baru dilancarkan, ladang sayur setempat, seperti ladang bertingkat Sky Greens ini, perlu memenuhi kriteria dari segi pengurusan ladang serta teknik dan amalan untuk mencapai sistem penghasilan yang bersih dan hijau. - Foto ZAOBAO -

GARIS panduan baru bagi membantu ladang setempat memastikan hasil pertanian bersih dan tumbuh secara mampan telah dilancarkan semalam.

Garis panduan tersebut bertujuan meyakinkan pengguna bahawa hasil pertanian ladang sayur setempat, bebas daripada racun perosak sintetik dan ditanam secara mampan, dengan penggunaan sumber yang cekap dan tanpa menjejas alam sekitar.

Ia dilancarkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) bersama Enterprise Singapore, Persekutuan Perkilangan Singapura (SMF), Pertubuhan Pembangunan Piawaian dan Politeknik Republik.

Di bawah garis panduan itu, ladang sayur setempat perlu memenuhi kriteria dari segi pengurusan ladang serta teknik dan amalan untuk mencapai sistem penghasilan yang bersih dan hijau.

Sistem penghasilan ladang yang bersih tidak menggunakan bahan pencemar seperti racun perosak sintetik, dan tidak meninggalkan bekas yang tidak diingini pengguna dan sekitaran.

Sistem penghasilan hijau pula memastikan penggunaan bahan dan sumber yang cekap, pengitaran semula sisa ladang untuk mengurangkan kesan kepada sekitaran dan ekosistem, serta penghasilan ladang yang dioptimumkan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg