Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelembung perjalanan udara SG-HK ditunda

Nov 22, 2020 | 5:30 AM
35eeb70e-6f54-466d-aeb9-2a1c596e4cda
-

HONG KONG: Penerbangan gelembung perjalanan udara di bawah pengaturan Singapura-Hong Kong telah ditunda, kata Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong Edward Yau semalam.

Beliau menambah kedua-dua pemerintah itu akan mengumumkan pada awal Disember bila penerbangan akan mula semula.

Penerbangan sepatutnya dijadualkan bermula hari ini, tetapi telah digantung sedang pandemik di Hong Kong meningkat.

Di bawah persetujuan awal yang diumumkan pertengahan Oktober, penerbangan gelembung udara itu akan digantung selama dua minggu sekiranya purata tujuh hari bagi jumlah harian kes Covid-19 tempatan tiada kaitan, lebih daripada lima bagi sama ada Singapura atau Hong Kong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg