MENJENGUK-JENGUK di depan pintu ketibaan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi adalah anak kecil, Hayder Yunos, 10 tahun, yang menanti-nanti akan kelibat wajah ibu bapanya.

Ibu bapanya, Cik Iryanti Jamil, 43 tahun, dan, Encik Yunos Harun, 44 tahun, telah meninggalkan dia bersama abang dan neneknya di Singapura sejak 13 Ogos lalu bagi menunaikan ibadah haji.