Topic followed successfully
Go to BHkuGerai penjaja diiktiraf kerana hidang makanan warisan
Gerai penjaja diiktiraf kerana hidang makanan warisan
Gerai penjaja diiktiraf kerana hidang makanan warisan
SEBANYAK 17 gerai penjaja di Pusat Makanan Ayer Rajah telah mendapat pengiktirafan kerana menghidangkan makanan warisan yang lazat, sebagai sebahagian kempen mempromosi budaya penjaja. Pusat penjaja itu adalah yang pertama daripada sekitar 110 pusat penjaja di seluruh pulau yang mempunyai gerai yang menerima anugerah Makanan Warisan Terbaik Singapura yang diberi Persekutuan Perniagaan Antarabangsa (IBF). Gerai-gerai itu dipilih setelah tiga hari penilaian dibuat oleh panel duta makanan minggu lalu. Dalam fasa kempen seterusnya pada April ini, orang ramai pula diberikan peluang memilih gerai penjaja kegemaran mereka. Laporan lanjut di Berita Minggu (21 Feb).

