Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gereja City Harvest buat laporan polis, keluarkan notis nyata gambar Kong Hee pakai baju PAP palsu

Jul 8, 2020 | 7:42 PM
Lembaga Pengurusan Gereja City Harvest (CHC) berkata gambar Pastor Kong Hee memakai baju putih dengan logo Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah diubah secara digital.
Lembaga Pengurusan Gereja City Harvest (CHC) berkata gambar Pastor Kong Hee memakai baju putih dengan logo Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah diubah secara digital. - Foto Fail ST

LEMBAGA Pengurusan Gereja City Harvest (CHC) telah membuat laporan polis dan mengeluarkan notis bagi memaklumkan bahawa gambar yang tular di media sosial baru-baru ini, yang menunjukkan gambar Pastor Kong Hee memakai baju putih dengan logo Parti Tindakan Rakyat (PAP), telah diubah secara digital. Ia berkata logo PAP itu telah dilekatkan secara digital ke baju putih yang dipakai pengasas gereja itu. Dalam notis pada Rabu (8 Julai) yang ditujukan kepada jemaah gereja tersebut, lembaga pengurusan itu berkata: "Pastor Kong dan Gereja City Harvest tidak, dan tidak pernah, menjadi sebahagian atau dalam sebarang cara berkait dengan mana-mana institusi atau parti politik." "Pastor Kong juga tidak terlibat dalam sebarang kempen untuk atau bagi pihak mana-mana parti politik semasa Pilihan Raya Umum 2020 ini, atau mana-mana pilihan raya umum lain." Ia juga menghantar permintaan ke Facebook agar menurunkan gambar yang diubah itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg