Topik diikuti
Pergi ke BHkuHadiah 100 pokok dari penduduk Siglap untuk SG50
NUR ADILAH MAHBOB
Jun 12, 2015 | 4:39 PM
Hadiah 100 pokok dari penduduk Siglap untuk SG50
SERAMAI 1,000 penduduk Siglap akan berkumpul di Pulau Ubin esok untuk menanam 100 pokok di pulau tersebut.
Acara itu merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun Singapura ke-50 (SG50) bagi penduduk Siglap tahun ini.
Selain itu, seramai 50 penduduk berusia 50 tahun pada tahun ini, termasuk Anggota Parlimen (AP) kawasan itu, Dr Mohd Maliki Osman, mengumpul $50,000 untuk lima kanak-kanak dari keluarga susah.
Penduduk Siglap juga boleh menjangkakan 5,000 T-Shirt dengan reka bentuk Orchid yang boleh dipakai di acara peringatan Hari Kebangsaan Ogos ini.