Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hakim pesara Sinnathuray meninggal dunia

Jan 20, 2016 | 12:29 PM
-

MANTAN hakim Mahkamah Agung T.S. Sinnathuray, yang menghakimi beberapa kes jenayah berprofil tinggi, termasuk kes bunuh Adrian Lim dan pembunuh bersiri John Martin Scripps, meninggal dunia akibat radang paru-paru di Hospital Besar Singapura pada Isnin (18 Jan).

Mendiang, yang sakit beberapa waktu dan mempunyai masalah jantung serta menjalani rawatan dialisis, berumur 85 tahun.

Beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Singapura pada 1 Oktober 1978 dan berkhidmat hingga 1997. Mendiang salah seorang daripada enam hakim semasa dilantik.

Mayat mendiang akan diletak di Diamond Room, Aras 2 Singapore Casket di Lavender Street dari 4 petang Rabu (20 Jan) hingga 4 petang Jumaat, sebelum dibawa bagi upacara pembakaran mayat private.

Mendiang meninggalkan seorang balu berusia 75 tahun, dua anak dan tiga cucu.

Anak mendiang, Cik Shamona, seorang peguam berusia 41 tahun, berkata keluarganya berada di sisi mendiang semasa detik-detik terakhirnya pada petang Isnin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg