LEBIH daripada 100 kru kabin Scoot telah mengambil pekerjaan sementara bersama pengeluar huraian sensor, ams Sensors Singapore Pte Ltd, bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan mulai Mei ini.
Aturan ini adalah kerjasama rentas industri Scoot yang pertama bersama pertubuhan sektor privet.
Langkah terbaharu ini adalah susulan daripada usaha pengerahan tenaga kerja yang telah dilakukan sebelumnya ke hospital awam dan pertubuhan pemerintah lain demi menyokong usaha menangani Covid-19 di Singapura, menurut kenyataan bersama Scoot dan ams Sensors Singapore, hari ini.
Dengan pengerahan baru ini, hampir 400 kru Scoot telah dikerahkan untuk menyokong industri lain.
Tugasan ini membenarkan anak-anak kapal, yang masa penerbangan telah dikurangkan dengan banyak akibat Covid-19, untuk menambah pendapatan mereka dan menimba kemahiran serta ilmu baru, kata kedua-dua syarikat itu.
Ia juga membenarkan Scoot untuk mengekalkan bakat barisan depan dalam tempoh mencabar ini.
Naib Presiden Sumber Manusia Scoot Theresa Tan berkata, mereka menghargai peluang ini.
"Kami juga bangga dengan daya tahan yang telah ditunjukkan kru kami sewaktu krisis ini," katanya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg