Topic followed successfully
Go to BHkuHari pertama di dua pusat uji sendiri Covid-19 lancar
Hari pertama di dua pusat uji sendiri Covid-19 lancar
Hari pertama di dua pusat uji sendiri Covid-19 lancar
UJIAN swab wajib di dua pusat ujian pantas (QTC) pertama Singapura bermula tengah hari tadi (21 Jun) dengan bilangan kecil individu, kebanyakannya penjaja, diuji bagi Covid-19. Ujian yang dilalui dilakukan sendiri dengan kakitangan QTC berada berdekatan untuk membantu jika perlu.
Pusat-pusat di Yishun Central dan Tekka Lane itu telah didirikan bagi individu yang bekerja dalam sekitaran berisiko tinggi.
Ujian berkala 14-hari bagi kumpulan individu ini akan bermula dari pertengahan Julai.
Di bawah rejimen tersebut, mereka yang bekerja di tempat dengan pelanggan yang tidak mengenakan pelitup, atau di mana terdapat kontak berpanjangan antara individu, harus diuji setiap dua minggu.
Ini termasuk pekerja di restoran, pendandan rambut, spa dan gimnasium.
QTC telah didirikan untuk menyokong perniagaan kecil yang tidak dapat mengatur ujian swab yang dilakukan sendiri.
Lebih banyak pusat sedemikian akan dibangunkan.
Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) berkata, sekitar 50 orang diuji di setiap QTC hari ini.
Setiap QTC boleh menguji 1,000 individu sehari dan akan dibuka selama enam jam setiap hari. - The Straits Times

