Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hong Tat dilantik timbalan pengerusi MAS mulai 23 Ogos

Jul 29, 2024 | 5:58 PM
Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, akan berkhidmat sebagai timbalan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mulai 23 Ogos sehingga 31 Mei 2027.
Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, akan berkhidmat sebagai timbalan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mulai 23 Ogos sehingga 31 Mei 2027. - Foto fail

Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, akan menyandang jawatan sebagai timbalan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mulai 23 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan 29 Julai, bank pusat itu berkata Encik Chee, yang juga Menteri Kedua Kewangan, akan berkhidmat dalam peranan itu sehingga 31 Mei 2027.

Beliau dilantik menganggotai lembaga pengarah MAS untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Jun, lapor The Straits Times.

Encik Chee menggantikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang merupakan timbalan pengerusi MAS dari Julai 2023 hingga Mei 2024.

Encik Gan dinamakan sebagai pengerusi MAS selepas pengerusi sebelumnya, Encik Lawrence Wong, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 15 Mei.

Terdapat 11 anggota lembaga pengarah MAS dan ini termasuk: Encik Gan; Encik Chee; Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan; mantan ketua perkhidmatan awam, Encik Peter Ong; pengerusi NetLink NBN Management, Encik Chaly Mah; penasihat khas di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Encik Lim Hng Kiang; Peguam Negara, Pejabat Peguam Negara, Encik Lucien Wong; rakan kongsi bersara PricewaterhouseCoopers (PwC), Cik Deborah Ong; rakan kongsi pengurusan, WongPartnership, Encik Ng Wai King; dan, pengarah urusan MAS, Encik Chia Der Jiun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg