Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSA rampas tembakau kunyah haram bernilai $200,000 di gudang Woodlands

Feb 27, 2020 | 2:48 PM
Tembakau kunyah yang dirampas merupakan bekalan bagi kawasan Little India dan Tuas. Foto: HSA
Tembakau kunyah yang dirampas merupakan bekalan bagi kawasan Little India dan Tuas. Foto: HSA -

PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah merampas bekalan tembakau kunyah yang terbesar sejak agensi itu ditubuhkan pada 2001.

Ini dilakukan dalam satu serangan hendap di satu kemudahan simpanan yang terletak di Woodlands pada 19 Februari.

HSA dalam satu kenyataan pada Khamis (27 Februari), berkata ia telah merampas lebih 118,000 paket tembakau kunyah yang bernilai $200,000 dalam operasi itu.

Dalam operasi tersebut, seorang lelaki yang sedang keluar dari gudang itu sambil menolak satu troli mengandungi beberapa bungkusan tembakau kunyah juga ditahan.

Menurut HSA, siasatan awal menunjukkan bahawa tembakau itu merupakan bekalan bagi kawasan Little India dan Tuas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg