SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hubungan dagang, pelaburan S'pura-Canada kian kukuh

Hubungan dagang, pelaburan S'pura-Canada kian kukuh

May 11, 2021 | 9:29 PM

Hubungan dagang, pelaburan S'pura-Canada kian kukuh

Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu Perdana Menteri Canada Justin Trudeau di pusat konvensyen Suntec Singapura pada 14 November 2018. Encik Lee dan Encik Trudeau telah menyaksikan penandatanganan perjanjian kerjasama keselamatan siber antara kedua-dua negara ketika itu. - Foto fail
Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu Perdana Menteri Canada Justin Trudeau di pusat konvensyen Suntec Singapura pada 14 November 2018. Encik Lee dan Encik Trudeau telah menyaksikan penandatanganan perjanjian kerjasama keselamatan siber antara kedua-dua negara ketika itu. - Foto fail -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong petang tadi (11 Mei) telah mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Perdana Menteri Canada Justin Trudeau .

Kedua-dua Perdana Menteri mengesahkan hubungan dua hala yang sangat baik serta hubungan ekonomi yang semakin meningkat antara Singapura dan Kanada.

Sejak Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) berkuatkuasa pada 2018, hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala Singapura-Canada semakin kukuh, membawa manfaat bagi perniagaan dan orang-orang di kedua-dua negara.

Encik Lee dan Encik Trudeau turut menyambut baik pengembangan kerjasama dua hala dalam ruang baru sejak beberapa tahun lalu, termasuk perubahan iklim, infrastruktur dan bandar pintar, serta keselamatan siber.

Kedua-dua pemimpin juga menyambut baik pembaharuan memorandum persefahaman (MOU) berkaitan infrastruktur dan bandar pintar pada Oktober tahun lalu, dan pembaharuan MOU yang akan datang berkenaan kerjasama keselamatan siber.

Mereka turut membincangkan bidang kerjasama baru termasuk teknologi bersih, teknologi kewangan, kecerdasan buatan, dan mengalu-alukan perbincangan yang sedang berlangsung untuk menggalakkan pertukaran belia.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg