Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hujan diramal turun hampir setiap hari bagi 2 minggu pertama Dis

Dec 1, 2020 | 9:46 PM
Hujan dijangka melanda beberapa kawasan di serata pulau pada waktu tengah hari namun boleh berterusan hingga waktu malam. -
Hujan dijangka melanda beberapa kawasan di serata pulau pada waktu tengah hari namun boleh berterusan hingga waktu malam. - - FOTO: JASON QUAH

CUACA yang lebih lembab dan dingin dengan suhu serendah sekitar 22 darjah celsius dijangka sering berlaku di Singapura, dalam tempoh dua minggu pertama Disember, kata pakar cuaca pada Selasa (1 Dis).

Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) berkata, hujan dijangka berlaku pada hampir setiap hari dalam dua minggu ini akibat keadaan monsun timur-laut.

Suhu cuaca dijangka sering jatuh serendah 24 darjah celsius hingga setinggi 33 darjah celsius, dan boleh mececah 34 darjah bagi satu atau dua hari, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Disember merupakan bulan paling lembab setiap tahun.

Hujan dijangka melanda beberapa kawasan di serata pulau pada waktu tengah hari namun boleh berterusan hingga waktu malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg