SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hukuman rotan warga Canada digugurkan

Hukuman rotan warga Canada digugurkan

Jul 26, 2021 | 5:30 AM

Hukuman rotan warga Canada digugurkan

ROACH: Diekstradisi dari Britain dan tiba di Singapura pada 17 Mac untuk menghadapi tuduhan merompak dan pengubahan wang haram. - Foto fail
ROACH: Diekstradisi dari Britain dan tiba di Singapura pada 17 Mac untuk menghadapi tuduhan merompak dan pengubahan wang haram. - Foto fail -

HUKUMAN warga Canada David James Roach yang dijel lima tahun dan enam sebatan rotan kerana merompak bank Standard Chartered lebih $30,000 pada 2016 telah diringankan.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata dia tidak akan dikenakan sebatan rotan memandangkan pemerintah negara ini telah memberi jaminan kepada Britain bahawa hukuman korporal terhadap Roach tidak akan dikenakan sekiranya dia diektradisi ke Singapura.

Roach sebelum ini telah melarikan diri dari Singapura.

MHA berkata Presiden Halimah Yacob, dengan nasihat Kabinet, telah menggunakan kuasanya di bawah Akta Perlembagaan Singapura untuk meringankan hukuman itu.

"Pemerintah Singapura telah memenuhi jaminan yang diberikan kepada kerajaan United Kingdom. Tidak ada hukuman alternatif yang akan dikenakan kepada Roach untuk mengganti hukuman sebat yang dijatuhkan," kata MHA.

Roach, kini 31 tahun, merompak $30,000 dari cawangan bank itu di Holland Village pada 7 Julai 2016 tetapi berjaya melarikan diri ke Thailand pada hari rompakan itu.

Pada 11 Januari 2018, Roach dihantar pulang dari Thailand tetapi ditahan di London atas permintaan Singapura semasa dalam perjalanan ke Canada.

Singapura perlu meyakinkan kerajaan Britain Roach tidak akan dirotan jika dia disabit kesalahan rompakan - kesalahan yang dikenakan hukuman rotan mandatori di sini.

"Undang-undang Britain melarang pihak berkuasa mengektradisi Roach melainkan mereka mematuhi syarat demikian," jelas MHA.

Roach diekstradisi dari Britain dan tiba di Singapura pada 17 Mac untuk menghadapi tuduhan merompak dan pengubahan wang haram.

Roach mengaku bersalah pada 7 Julai di mahkamah atas tuduhan rompakan dan satu tuduhan pengubahan wang haram.

Mereka yang didapati bersalah merompak boleh dipenjara hingga 10 tahun dan menerima sekurang-kurangnya enam sebatan rotan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg