Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat ibu, anak kerana disyaki ucap kenyataan perkauman di media sosial

Jun 10, 2020 | 5:52 PM
-

POLIS sedang melakukan siasatan ke atas seorang lelaki Singapura berusia 19 tahun dan ibunya berusia 53 tahun kerana disyaki terlibat dalam mengucapkan kata-kata berbaur perkauman dan kesat di media sosial dengan sengaja untuk melukai perasaan kaum lain.

Dalam kenyataannya pada Rabu (10 Jun), polis berkata antara 3 dengan 5 Jun 2020, pihaknya telah menerima beberapa laporan terhadap kedua-duanya kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman yang kesat dan menghina semasa sesi Instagram langsung pada 3 Jun 2020.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut sebagai tindak balas terhadap komen penonton mengenai video yang dibuat lelaki tersebut pada 2016 dan disiarkan semula di akaun media sosialnya, di mana dia mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu.

Siasatan polis masih dijalankan.

Polis berkata kesalahan mengucapkan kata-kata dengan sengaja untuk melukai perasaan kaum atau agama lain boleh membawa hukuman penjara hingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

"Polis menyifatkan perbuatan yang boleh mengancam keharmonian kaum atau agama di Singapura sebagai sangat serius.

"Sesiapa yang membuat kenyataan yang boleh menimbulkan niat jahat dan permusuhan antara pelbagai kaum dan agama akan ditangani dengan cepat dan tegas," kata polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg