SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ibu hamil enggan berlengah dapat suntikan vaksin Covid-19 di KKH

Ibu hamil enggan berlengah dapat suntikan vaksin Covid-19 di KKH

Jun 8, 2021 | 6:24 PM

Ibu hamil enggan berlengah dapat suntikan vaksin Covid-19 di KKH

ANTARA WANITA HAMIL DAPAT SUNTIKAN: Cik Nur Nasihah Mohd Anuar, 25 tahun, yang hamil 14 minggu dengan anak sulung, adalah antara wanita hamil yang memanfaatkan khidmat vaksinasi di Pusat Vaksinasi Covid-19 di KKH. - Foto KKH
ANTARA WANITA HAMIL DAPAT SUNTIKAN: Cik Nur Nasihah Mohd Anuar, 25 tahun, yang hamil 14 minggu dengan anak sulung, adalah antara wanita hamil yang memanfaatkan khidmat vaksinasi di Pusat Vaksinasi Covid-19 di KKH. - Foto KKH -

CIK Nur Nasihah Mohd Anuar, 25 tahun, yang hamil 14 minggu, tidak teragak-agak untuk mengambil vaksin Covid-19 apabila ditawarkan oleh doktornya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).

Beliau, yang mengandungkan anak sulungnya, berkata apa yang penting ialah vaksin itu boleh membantu untuk melindungi beliau dan kandungannya daripada penyakit tersebut.

Sebelum mengambil vaksin itu, beliau telah membincangkannya bersama rakan lain yang hamil serta anggota keluarganya, yang turut menyokong keputusannya untuk mengambil vaksin tersebut.

Cik Nasihah percaya mencegah itu lebih baik daripada merawat, dan menggalakkan lebih ramai wanita hamil untuk menerima vaksin Covid-19, dan tidak berlengah lagi.

Beliau merupakan antara enam wanita hamil yang telah divaksinasi pada Selasa (8 Jun) di Pusat Vaksinasi Covid-19 KKH.

"Dalam menyokong usaha Singapura meningkatkan vaksinasi Covid-19 dan meningkatkan perlindungan kepada wanita hamil daripada Covid-19, KKH telah menubuhkan Pusat Vaksinasi Covid-19 di hospital ini untuk berkhidmat kepada pesakit hamil.

"Pusat itu telah memberi vaksin kepada enam wanita hamil hari ini (Selasa) dan menjangkakan lebih ramai pesakit KKH akan divaksin pada minggu-minggu akan datang," kata KKH dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) menjelaskan baru-baru ini bahawa ibu hamil dan pesakit barah yang sedang menjalani rawatan aktif boleh mendapatkan vaksin Covid-19.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg