Topik diikuti
Pergi ke BHkuIbu hamil pastikan tidak bersikap sambil lewa
Feb 1, 2016 | 5:30 AM
Ibu hamil pastikan tidak bersikap sambil lewa
MEREKA mungkin belum dikhabarkan oleh doktor masing-masing tentang virus Zika yang kini menimbulkan ancaman kepada ibu hamil di beberapa bahagian dunia. Namun, kaum ibu di sini enggan mengambil sikap sambil lewa.
Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka akan memastikan rumah masing-masing bebas daripada takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes aegypti - nyamuk yang sama menyebabkan demam denggi dan chikungunya dan boleh mencetuskan penularan virus Zika.