Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ICA: Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dihantar melalui e-mel mulai Jumaat

Mar 26, 2020 | 9:54 AM
Langkah pencegahan tambahan dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19 yang diimport.
Langkah pencegahan tambahan dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19 yang diimport. - ST

SEMUA yang tiba di Singapura akan menerima Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari melalui e-mel mulai Jumaat (27 Mac) jam 9 pagi.

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), mereka akan diberi amaran mengenai denda yang akan dikenakan jika gagal mengikuti arahan itu.

Semua yang tiba di Singapura termasuk rakyat, penduduk tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang Singapura akan menerima notis itu selepas pengisytiharkan mengenai keadaan kesihatan mereka seperti diwajibkan melalui e-khidmat kad kedatangan SG dalam talian yang perlu dilakukan sebelum melalui imigresen.

Langkah tambahan itu dilakukan bagi mengurangkan kes Covid-19 yang diimport.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg