Topic followed successfully
Go to BHkuIndividu ada sejarah anafilaksi dan reaksi alergi ubat, makanan boleh divaksin mRNA: MOH
Individu ada sejarah anafilaksi dan reaksi alergi ubat, makanan boleh divaksin mRNA: MOH
Individu ada sejarah anafilaksi dan reaksi alergi ubat, makanan boleh divaksin mRNA: MOH
INDIVIDU yang mempunyai sejarah anafilaksi dan reaksi alergi terhadap ubat lain, makanan, sengatan serangga, atau pencetus yang tidak diketahui kini boleh divaksin dengan vaksin mRNA, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (4 Jun). Ini disarankan oleh jawatankuasa pakar bagi vaksinasi Covid-19, setelah mengkaji data dengan teliti di peringkat global dan tempatan. Sekatan tersebut akan dikeluarkan mulai Sabtu (5 Jun). Sebilangan besar daripada 32,000 orang di sini yang tidak dapat mengambil vaksin mRNA Pfizer-BioNTech dan Moderna atas alasan perubatan kini akan dapat melakukannya, kata MOH. Tetapi segelintir yang mempunyai sejarah anafilaksis atau reaksi alergi terhadap vaksin lain masih tidak layak. Sekitar 2,000 lagi orang yang mengalami reaksi alergi selepas menerima dos pertama vaksin mRNA Covid-19 tidak boleh menerima vaksin berasaskan mRNA lagi, tambah kementerian itu. MOH berkata ia sedang menilai dan akan membawa masuk vaksin bukan mRNA yang lebih sesuai untuk individu ini. Ia berharap dapat melakukannya sebelum akhir tahun setelah vaksin-vaksin itu diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA). Pada masa sama, warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas lawatan jangka panjang yang mengalami alergi terhadap vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna dan ingin mengambil vaksin Sinovac akan boleh mendapatkannya secara percuma di klinik swasta di bawah Laluan Akses Khas (SAR), kata MOH. Sekitar 20 pusat perubatan swasta di sini akan dipilih untuk menjadi penyedia berlesen untuk mentadbir vaksin China itu, yang sekitar 200,000 dos telah tiba pada Februari.

