Topic followed successfully
Go to BHkuISD tahan rakyat S'pura yang jadi ejen risik bagi China
ISD tahan rakyat S'pura yang jadi ejen risik bagi China
Jun 15, 2021 | 11:16 AM
ISD tahan rakyat S'pura yang jadi ejen risik bagi China
- FB Dickson
Seorang lelaki Singapura yang bekerja dengan khidmat risik China sejak 2016, telah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi satu ancaman kepada Singapura.
Dickson Yeo, 40 tahun, telah bertindak sebagai ejen kepada negara asing, menurut kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 15 Jun.
"Siasatan ISD menunjukkan Yeo telah bekerja bagi sebuah alat risik negara asingd an menjalankan beberapa tugas diberikan kepadanya oleh pihak asing sebagai pertukaran kepada hasil wang,'' kata kenyataan itu.

