SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jamiyah agih 2,000 pek bahan masakan juadah Raya di 8 estet

Jamiyah agih 2,000 pek bahan masakan juadah Raya di 8 estet

May 8, 2021 | 4:42 PM

Jamiyah agih 2,000 pek bahan masakan juadah Raya di 8 estet

Dr Maliki membungkus pek 'Meat-for-Eid' sumbangan Jamiyah Singapura di Kelab Masyarakat Siglap pada Sabtu (8 Mei).
Dr Maliki membungkus pek 'Meat-for-Eid' sumbangan Jamiyah Singapura di Kelab Masyarakat Siglap pada Sabtu (8 Mei). - ZULAIQAH ABDUL RAHIM

SERAMAI 2,000 keluarga susah di sini menerima sumbangan daging mentah dan bahan makanan lain untuk disajikan sebagai hidangan Hari Raya menjelang Syawal kelak.

Sumbangan pek makanan 'Meat-for-Eid' ini diagihkan Jamiyah Singapura pada Sabtu (8 Mei).

Pek itu merangkumi 2 kilogram daging, 2 ekor ayam, 1 kilogram beras basmati, 1 paket ketupat 'instant', 1 paket pes rendang dan 1 paket serunding.

Inisiatif tahunan ini bertujuan memberikan bahan masakan kepada penerima supaya mereka dapat menyajikan juadah Hari Raya untuk dimakan bersama keluarga.

Pengagihan tersebut diadakan di lapan kawasan undi - GRC West Coast (Telok Blangah dan Dover), GRC Ang Mo Kio (Kebun Baru), GRC Sembawang (Canberra), GRC East Coast (Bedok dan Siglap), GRC Tanjong Paga (Queenstown), GRC Jalan Besar (Whampoa) dan SMC Bukit Panjang - tahun ini.

Tahun lalu, ia diadakan di lima kawasan undi, dengan pek makanan diagihkan kepada 1,000 penerima.

Turut hadir di Kelab Masyarakat Siglap petang ini untuk membungkus dan mengagihkan pek 'Meat-for-Eid' ialah Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg