SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jamiyah mohon sumbangan makanan sedang permintaan bantuan meningkat semasa wabak Covid-19

Jamiyah mohon sumbangan makanan sedang permintaan bantuan meningkat semasa wabak Covid-19

Mar 21, 2021 | 8:26 PM

Jamiyah mohon sumbangan makanan sedang permintaan bantuan meningkat semasa wabak Covid-19

Jamiyah mengadakan acara 'pandu lalu' menyumbang makanan pada Ahad (21 Mac).
Jamiyah mengadakan acara 'pandu lalu' menyumbang makanan pada Ahad (21 Mac). - Foto GIN TAY

TERDAPAT kenaikan permintaan bagi bekalan makanan daripada penduduk yang pendapatan mereka terjejas oleh pandemik Covid-19, mengakibatkan bekalan berkurangan di Bank Makanan Jamiyah. Jumlah keluarga yang meminta bantuan bekalan makanan daripada Bank Makanan Jamiyah telah melonjak 79 peratus tahun ke tahun kepada 866 pada Disember tahun lalu, dan meningkat menjadi 920 pada bulan lalu.

Setiausaha Agung yang juga ketua pegawai operasi Jamiyah, Encik Jaffar Mydin, meramalkan lebih banyak keluarga akan memerlukan bantuan bekalan makanan tahun ini walaupun terdapat prospek pemulihan ekonomi. "Walaupun ekonomi perlahan-lahan mulai pulih daripada wabak ini, ia akan memerlukan sedikit masa sebelum penerima bantuan kita dapat memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran mereka," katanya kepada The Straits Times.

Beliau menambah, peralihan kepada keadaan prapandemik masih belum dapat dipastikan. "Di Jamiyah, kami membantu benefisiari kami dalam mencari kestabilan kewangan dan tidak lagi memerlukan bantuan bekalan makanan sebelum kami memadamkan mereka daripada senarai penerima bantuan kami," ujarnya.

Jamiyah mengedarkan pakej bekalan makanan setiap dua bulan. Ini mengandungi barangan seperti beras, minyak masak, sardin dalam tin dan bijirin. Pertubuhan itu mengadakan acara 'pandu lalu' menyumbang makanan pada Ahad (21 Mac) sebagai sebahagian kempen lebih luas untuk mengumpul dan menambah bekalan di Bank Makanan Jamiyah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg