Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jeneral wanita pertama S'pura sertai e2i sebagai timbalan CEO

Jun 10, 2020 | 11:34 PM
Cik Gan mencipta sejarah pada tahun 2015 ketika menjadi brigadier jeneral wanita pertama Singapura. - FOTO: GAN SIOW HUANG/FACEBOOK
Cik Gan mencipta sejarah pada tahun 2015 ketika menjadi brigadier jeneral wanita pertama Singapura. - FOTO: GAN SIOW HUANG/FACEBOOK -

JENERAL wanita pertama Singapura telah menyertai gerakan buruh sebagai timbalan ketua eksekutif Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC.

Cik Gan Siow Huang, 45 tahun, menyertai e2i pada April lalu setelah meninggalkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Beliau dikatakan akan diturunkan sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Bishan-Toa Payoh dalam pilihan raya umum akan datang, lapor akhbar The Straits Times.

Memberitahu The Straits Times dalam wawancara telefon pada Rabu (10 Jun), bekas pegawai tentera udara itu berkata:

"Setelah lebih 20 tahun (dalam perkhidmatan), saya merasakan bahawa saya sudah bersedia untuk terus melakukan sesuatu yang baru, untuk menghadapi cabaran baru dan menyumbang kepada masyarakat dengan cara lain - kali ini, dalam bidang ekonomi."

Cik Gan mencipta sejarah pada tahun 2015 ketika menjadi brigadier jeneral wanita pertama Singapura.

Beliau mengundurkan diri dari peranannya sebagai Ketua Turus - Staf Udara pada Mac, dan sebelum pemutus litar, telah dilihat mengadakan lawatan masyarakat di GRC Bishan-Toa Payoh diketuai Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.

Cik Gan berkata beliau menyertai NTUC kerana misinya untuk membantu rakyat Singapura mendapatkan pekerjaan lebih baik demi kehidupan lebih baik, sesuai dengan dirinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg