Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Josephine Teo: Pemerintah berusaha bantu pekerja, pertahan ekonomi dalam hadapi kegawatan

May 4, 2020 | 6:50 PM
DEMI RAKYAT DAN NEGARA: Menurut Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, menerusi pakej Sokongan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture, majikan boleh menikmati insentif sokongan pengambilan pekerja sebanyak 20 peratus, untuk pengambilan baru berusia 40 tahun ke atas menerusi program latihan kemahiran yang layak. 
DEMI RAKYAT DAN NEGARA: Menurut Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, menerusi pakej Sokongan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture, majikan boleh menikmati insentif sokongan pengambilan pekerja sebanyak 20 peratus, untuk pengambilan baru berusia 40 tahun ke atas menerusi program latihan kemahiran yang layak.  - - Foto: FAIL

PEMERINTAH dijangka mengagihkan wang tunai berjumlah hampir $1 bilion kepada lebih 100,000 orang yang bekerja sendiri di bawah Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS) menjelang akhir bulan ini.

Ini didedahkan Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, semasa parlimen bersidang hari ini, dan beliau turut memberikan perincian bagi pelbagai skim bantuan lain yang telah disediakan bagi membantu rakyat akibat kemelesetan ekonomi disebabkan penularan koronavirus.

Menurutnya, sejak Kementerian Tenaga Manusia (MOM) merasmikan daya usaha Pekerjaan SGUnited pada Mac lalu, lebih 16,000 kerja kosong yang ada telah disediakan - melebihi sasaran awal sebanyak 10,000 kerja kosong.

Sebagai contohm seorang anak kapal yang diberi cuti tanpa gaji, telah mendapat pekerjaan sementara sebagai juruwang sambilan di pasar raya, Prime Supermarket.

Sektor awam yang berganding dengan Majlis Keselamatan Pekerjaan kendalian Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), kesatuan sekerja, dan majikan juga telah menempatkan lebih 3,000 orang dari sektor-sektor yang terjejas sebagai Duta Jarak Selamat dan Duta Penjagaan Hospital.

Malah, Daya Kerja Singapura akan mempertingkat keupayaan bagi Program Peralihan Profesional bagi sektor yang masih menarik pekerja, seperti kawalan keselamatan, tambahnya.

Menerusi pakej Sokongan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture, majikan boleh menikmati insentif sokongan pengambilan pekerja sebanyak 20 peratus, untuk pengambilan baru berusia 40 tahun ke atas menerusi program latihan kemahiran yang layak.

"Sama ada pekerja bekerja sendiri atau pekerja sepenuh masa, mencari pekerjaan di mana ini bukanlah mudah," kata Cik Teo.

Kira-kira 1,800 pekerja bekerja sendiri telah memanfaatkan Skim Sokongan Latihan Pekerja Bekerja Sendiri, yang dikendalian NTUC dan menyediakan elaun latihan $10 sejam bagi kursus selama seminggu.

Ini merupakan satu pendapatan yang sederhana yang mereka raih masa lalu, kata Cik Teo, tetapi ia dapat menampung sebahagian daripada perbelanjaan harian sedang mereka belajar kemahiran baru semasa waktu yang ada ini.

Sebagai contoh katanya, seorang pengarah pancaragam sekolah berusia 34 tahun yang bertugas secara bebas, dan tidak mempunyai pekerjaan disebabkan penggantungan kegiatan luar darjah, menggunakan masa yang ada untuk menghadiri tujuh kursus berbeza termasuk kursus SkillsFuture bagi Tempat Kerja Digital, Membangunkan dan Menjalankan Perniagaan dan Bagaimana Membuat Tawaran sebagai Seorang Profesional.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg