Topic followed successfully
Go to BHkuJumlah pelancong ke S'pura 2.7j tahun lalu, terendah dalam 4 dekad
Jumlah pelancong ke S'pura 2.7j tahun lalu, terendah dalam 4 dekad
Jumlah pelancong ke S'pura 2.7j tahun lalu, terendah dalam 4 dekad
JUMLAH pelancong yang datang ke Singapura tahun lalu menjunam kepada hanya 2.7 juta, terendah dalam empat dekad berikutan pandemik Covid-19.
Hampir semua daripada jumlah kedatangan tahun lalu itu adalah pada dua bulan pertama 2020.
Jumlah keselurahan itu adalah pengurangan 85.7 peratus berbanding 2019, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh sekatan perjalanan global dan penutupan sempadan yang belum pernah terjadi sebelumnya, kata STB.
Ketua eksekutif STB, Encik Keith Tan, berkata meskipun perjalanan antarabangsa secara besar-besaran mungkin tidak akan berlaku tahun ini, STB akan terus bekerjasama dengan rakan industri untuk mempersiap bagi pemulihan.
Oleh itu, permintaan domestik adalah penting untuk terus menyokong perniagaan pelancongan setempat.
Skim Baucar SingapoRediscovers (SRV) dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu sebagai usaha untuk menyokong pelancongan tempatan.
Sejak bulan lalu, lebih 300,000 rakyat Singapura telah menggunakan skim SRV untuk membuat tempahan dengan hotel, tarikan dan lawatan di Singapura, yang menghasilkan lebih $35.9 juta dalam penebusan SRV dan perbelanjaan lain. - The Straits Times

