SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jumlah pelanjutan COE merosot, tetapi trendnya kekal kukuh

Jumlah pelanjutan COE merosot, tetapi trendnya kekal kukuh

Apr 4, 2021 | 3:11 PM

Jumlah pelanjutan COE merosot, tetapi trendnya kekal kukuh

Jumlah pengesahan semula COe yang merosot mungkin bermakna lebih banyak kenderaan akan dibatalkan pendaftarannya.
Jumlah pengesahan semula COe yang merosot mungkin bermakna lebih banyak kenderaan akan dibatalkan pendaftarannya. - ST FILE

Jumlah pengesahan semula sijil hak memiliki kenderaan (COE) - yang membentuk sebahagian besar pelanjutan COE keseluruhan - telah merosot buat kali pertama dalam sedekad dan ini bermakna akan ada bekalan COE lebih tinggi pada masa depan.

Menurut perangkaan terkini Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), jumlah itu menjunam lebih 50 peratus kepada 20,071 pada 2020.

Ini berbanding jumlah rekod pada 2019, sebanyak 41,777, menurut laporan The Straits Times.

Kejatuhan itu adalah yang pertama selepas kenaikan berterusan semasa dekad lalu, dan dicerminkan dalam jumlah keseluruhan pengesahan semula COE, termasuk bagi kenderaan komersial dan motosikal.

Pemantau industri berkata kemerosotan itu bermakna lebih banyak kenderaan akan dibatalkan pendaftaran dan jika lebih banyak kenderaan diskrap, lebih banyak COE baru akan ditawarkan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg