Topik diikuti
Pergi ke BHkuJumlah penumpang dikendali Changi naik 0.7%
Josephine Teo seru syarikat tingkat daya penghasilan bagi bantu niaga beralih kepada pertumbuhan didorong inovasi

Feb 26, 2015 | 5:30 AM
Jumlah penumpang dikendali Changi naik 0.7%
JUMLAH penumpang yang dikendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi berkembang hanya 0.7 peratus tahun lalu dan pertumbuhan itu dijangka kekal sederhana tahun ini di tengah-tengah pasaran buruh yang ketat dan tekanan kos yang tidak akan meninggalkan kita, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Cik Josephine Teo.
Lantaran itu, semasa berucap di sidang daya penghasilan penerbangan anjuran Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), beliau menekankan peri pentingnya industri terus meningkatkan daya penghasilan bagi membantu perniagaan membuat peralihan kepada pertumbuhan yang didorong inovasi.