SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jumlah warga 60 tahun ke atas tidak divaksin kini cecah 177,000: Ong Ye Kung

Jumlah warga 60 tahun ke atas tidak divaksin kini cecah 177,000: Ong Ye Kung

Jul 31, 2021 | 2:40 PM

Jumlah warga 60 tahun ke atas tidak divaksin kini cecah 177,000: Ong Ye Kung

Sejak 7 Julai, pasukan vaksinasi itu sahaja sudah mendekati sekitar 3,240 individu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (31 Julai).
Sejak 7 Julai, pasukan vaksinasi itu sahaja sudah mendekati sekitar 3,240 individu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (31 Julai). - LIM YAOHUI

Kadar vaksinasi dalam kalangan warga berusia 60 tahun ke atas telah meningkat, walaupun masih banyak lagi usaha harus dilakukan, kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung pada Sabtu (31 Julai).

Bercakap di sebuah pusat vaksinasi bergerak di 22A, Dewan Daerah Whampoa, Encik Ong berkata pasukan vaksinasi bergerak telah berjalan selama tiga minggu dan berkesan dalam mendorong kadar vaksinasi dalam kalangan warga emas.

Jumlah warga emas berusia 60 tahun ke atas yang tidak divaksin telah merosot kepada 177,000 orang, menurut beliau.

Ini berbanding 200,000, yang diumumkan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian dalam satu sidang media pada 20 Julai lalu.

Sejak 7 Julai, pasukan vaksinasi itu sahaja sudah mendekati sekitar 3,240 individu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (31 Julai).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg