Topik diikuti
Pergi ke BHkuJurujual dipenjara kerana curi jam tangan mewah, tipu pelanggan

May 9, 2015 | 5:30 AM
Jurujual dipenjara kerana curi jam tangan mewah, tipu pelanggan
SEORANG jurujual berusia 26 tahun yang mencuri jam tangan mewah bernilai hampir setengah juta dolar dan menipu dua pelanggan untuk mendapatkan wang mereka telah dijatuhi hukuman penjara 26 bulan semalam.
Ronald Foo Ce Shan menggunakan kedudukannya sebagai wakil jualan di butik mewah Richemont Luxury di Marina Bay Sands untuk mencuri empat jam tangan jenama Jaeger-LeCoultre daripada kedai tersebut.